Back To Top

foto1 foto2 foto3 foto4 foto5
Jom Ke Sekolah Jom Ke Sekolah Jom Ke Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Melor atau nama ringkasnya SMK Melor, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Hadapan Petronas Kampong Melor Jln Pasir Puteh. Sekolah Menengah Kebangsaan Melor memiliki 351 pelajar lelaki dan 398 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 749 orang. Ia mempunyai seramai 93 orang guru dan 19 orang staf sokongan. SEJARAH PENUBUHAN SMK MELOR
Diasaskan pada 1hb April 1961. Penubuhannya telah dijayakan oleh Tuan Haji Wan Ismail b Wan Mahmood iaitu penggawa daerah Ketereh pada waktu itu. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini terpaksa menumpang di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Melor (kiri sekolah melor). Pada tahun 1961, seramai 56orang murid mula belajar melibatkan 2 kelas tingkatan 1, guru yang mengajar ialah guru-guru dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Melor yang berkelulusan MCE dan Maktab. Nama Sekolah Menengah Melor dipilih sempena nama Sekolah Kebangsaan Melor yang pernah ditumpangi dan terletak pula dalam daerah Melor. Nama Sekolah Melor mula digunakan sepenuhnya pada tahun 1965 setelah mempunyai bangunan sendiri. Pada tahun 1998 barulah nama Sekolah Menengah Melor diperkemaskan dengan nama baru "SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MELOR" atau SMK Melor.

 

Penafian

Copyright © 2022 Laman Web Rasmi SMK Melor,16400 Kota Bharu, Kelantan Rights Reserved.